Perlu ke saya bayar MOT?

APAKAH ITU MOT? MOT atau Memorandum of Transfer ialah dokument pemindahan hak milik rumah daripada penjual ke pembeli. MOT ialah dokumen yang mengesahkan HAK MILIK anda ke atas rumah atau tanah tersebut. SAYA TAK NAK BAYAR MOT, BOLEH KE? Sebelum itu , mari kita selusuri apakah impak jika kita tidak menyempurnakan MOT ini. 1. Hartanah itu bukan "atas nama" kita. Jika MOT tidak disempurnakan ini bermaksud nama terakhir yang direkodkan di Pejabat Tanah ialah nama Pemaju (jika anda membeli dari pemaju) Bayangkanlah, dah bayar berpuluh-puluh ribu tapi hartanah bukan hak milik kita. 2. Jual Beli Sekiranya pemilik ingin menjual rumah/tanah, maka urusan pertukaran nama ke pemilik baru maka proses itu akan mengambil masa yang lebih lama dan kompleks kerana pemilik yang direkodkan (iaitu pemaju) masih perlu berurusan dengan Pejabat Tanah untuk penyempurnaan proses. Akan tetapi, ada sesetengah pemaju yang sudah menutup syarikat selepas pr...