Perlu ke saya bayar MOT?

 APAKAH ITU MOT? 

MOT atau Memorandum of Transfer ialah dokument pemindahan hak milik rumah daripada penjual ke pembeli. MOT ialah dokumen yang mengesahkan HAK MILIK anda ke atas rumah atau tanah tersebut. 


SAYA TAK NAK BAYAR MOT, BOLEH KE? 

Sebelum itu , mari kita selusuri apakah impak jika kita tidak menyempurnakan MOT ini. 


1. Hartanah itu bukan "atas nama" kita. 

Jika MOT tidak disempurnakan ini bermaksud nama terakhir yang direkodkan di Pejabat Tanah ialah nama Pemaju (jika anda membeli dari pemaju) 

Bayangkanlah, dah bayar berpuluh-puluh ribu tapi hartanah bukan hak milik kita. 


2. Jual Beli 

Sekiranya pemilik ingin menjual rumah/tanah, maka urusan pertukaran nama ke pemilik baru maka proses itu akan mengambil masa yang lebih lama dan kompleks kerana pemilik yang direkodkan (iaitu pemaju) masih perlu berurusan dengan Pejabat Tanah untuk penyempurnaan proses. 

Akan tetapi, ada sesetengah pemaju yang sudah menutup syarikat selepas projek siap 10 tahun dari mula-mula di dirikan. Hal ini banyak menyukarkan kerana pembeli perlu bergantung kepada pihak peguam untuk urusan seterusnya. 









Comments

Popular posts from this blog

Banyaknya Projek Baru di Bangsar! Mana Satu Patut Saya Pilih

Bolehkah Bukan Warganegara Malaysia Membeli Hartanah di Malaysia?